29 December 2012

Rebate Telefon Pintar RM200

Umum telah mengetahui bahawa tawaran rebat telefon pintar berjumlah RM 200 yang akan diberi bermula pada awal tahun 2013 kepada golongan belia berumur 21 tahun sehingga 40 tahun hanya boleh menggunakan rebat tersebut pada telefon pintar tertentu. Pihak SKMM telah menyenaraikan beberapa jenis telefon pintar yang boleh di dapatkan melalui Pakej Komunikasi Belia ini,

antaranya :-
  1. Alcatel 993D
  2. Alcatel One Touch Glory 2
  3. Alcatel One Touch Inspire 2
  4. The Buzz Phone
  5. HTC Wildfire
  6. Huawei Ideos X3
  7. LG Optimus L3
  8. Ninetology Black Pearl II
  9. Ninetology Palette
  10. Nokia 2730
  11. Nokia 7230
  12. Nokia Asha 305
  13. Nokia Asha 308
  14. Nokia Asha 311
  15. Nokia C2-03
  16. Nokia Lumia 610
  17. Samsung Galaxy Chat
  18. Samsung Galaxy Mini
  19. Samsung Galaxy Pocket
  20. Samsung Galaxy Y
  21. Sony Xperia Tipo
  22. ZTE Acqua
  23. ZTE V790 
  24.  
     

SKMM menyatakan bahawa ini adalah senarai awal peranti pintar yang ditawarkan untuk rebat ini dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Pelbagai syarikat komunikasi mengambil bahagian dalam menawarkan Pakej Komunikasi Belia ini. Mereka akan memaparkan banner khas pada kedai mereka dan mungkin akan menawarkan hanya sesetengah model sahaja.

Pendaftaran untuk rebat bernilai RM200 ini akan bermula pada 1 Januari 2013 dan anda boleh merujuk laman rasmi SKMM untuk maklumat lanjut.


SUMBER ASAL - amanz.my , SKMM

No comments:

Post a Comment