24 August 2011

L.E.L.A.K.I & P.I.N.K

(hensem x??)

Pink a.k.a merah jambu satu warna yang lembut dan sering dikaitkan dengan perempuan. Entah kenapa pemikiran AQ sering membantah dan tidak dapat menerima jika merah jambu itu disatukan dengan lelaki.. Kenapakah? Sedangkan warna hitam yang sering disinonimkan dengan lelaki boleh pula digunapakai dengan sewenangnya oleh kaum wanita. Dimanakah keadilan kepada mereka? Haha.. Bunyi dah macam serius la pulak..

(agak2 bakal suami aq nk x pakai camni....)


Jadi ini sedikit kesimpulan pakar warna sedunia tentang pink dan lelaki.. AQ tipu sila jangan percaya...


1. PINK ITU GAY!!

Gay kalau di ikutkan bahasa klasiknya membawa maksud gembira.. maka x kisahlah jika ia dikatakan gay.. maknanya pengguna pink itu gembira bukan membawa maksud homoseksual seperti yang sering dikatakan. jika warna pink dihukum dengan perlakuan seks atau hubungan, maka apa pula status warna-warna yang lain? tiada pula perundangan yang menyatakan tidak boleh menggunakan warna merah jambu jika seseorang itu bukan homoseksual...


2. PINK ITU METROSEKSUAL

Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia yang berubah mengikut zaman. tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan hitam diwajibkan dengan lelaki. sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ianya tidak melanggar batas agama dan manusia.. dunia urban untuk lelaki metroseksual.. dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej dan gaya


3. PINK ITU MASKULIN

Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya. keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki diluar sana mendapat keyakinan yang tinggi. kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka. apa guna maksud MASKULIN itu sendiri yang cukup mendalam iaitu keMAS, KUliti dan tuLIN jika tidak digunakan...hehe, so jangan peduli apa kata orang.... buat je apa yang kita suka selagi ianya tidak mendatangkan kesalahan dan dosa.....


Apa pendapat korang?

No comments:

Post a Comment